Life's Chapters

Monday, January 30, 2006

1 Muharram

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa mendirikan solat yakni ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meruntuhkan solat yakni ia telah meruntuhkan agama kerana sesungguhnya solat itu adalah tiang agama.

HR Al-Baihaqi

Amalan-amalan yang terawal diambil kira dari seseorang hamba di hari kiamat adalah solat. Jika solat diterima maka amalan-amalan lain juga diterima. Jika solatnya ditolak maka begitu jua amalan-amalan yang lain. Terdetik lah untuk bermuhasabah diri serba sedikit di tahun baru ini.

Keutamaan solat di awal waktu. Fadhilat ganjaran bagi yang memelihara solat. Bencana meringankan solat. The list is endless.

Solat adalah identiti seorang muslim/muslimah. Sesiapa pun berupaya menutup aurat tetapi solat itu difardukan ke atas seorang yang mengaku Islam, tanggungjawab seorang insan kepada Khaliknya.

Seharusnya orang yang menitikberat soal solat; terpuji akhlaknya, terurus amalannya, elok peribadinya. Akan tetapi, ilmu manusia itu umpama air di hujung jari-jari sedangkan ilmu Allah itu bagaikan lautuan yang tidak ketahuan daratannya. Derma Allah akan ilmuNya maka manusia meraihnya dalam ayat-ayat suci al-Quran.

Dewasa ini, perintah solat dan peringatan Allah bagai tidak membawa kesan pada hati manusia. Sehinggakan acapkali timbul kata-kata yang kurang enak didengar;

"Apa bezanya pakai tudung atau tidak? Yang bertudung ni pun kadang-kadang lebih teruk dari yang tak pakai. Baik tak payah pakai."

"Walaupun tak pakai tudung at least aku sembahyang."

"Bertudung labuh tapi etc etc..."

"Menghafaz ayat dan hadis bagai, tapi, sikap etc etc..."

"Kubur kita berlainan...”


Kenapa agaknya boleh jadi sampai macam ni ya.

Wallahualam.

Sedikit renungan untuk muhasabah diri.

Muharram

Nilai Tudung Wanita

Solat


Berbalik pada soal keindahan solat itu sendiri. The essence itself is such a beauty that only by experience you can truly comprehend its wonders.

I am not in a position to really present a tazkirah or sort. I also understand that you can always communicate with God even through your heart whispers. HE listens. It's just that the beauty of performing the solat is far beyond description of words. It's such a salient act of worship. The fact that it is made compulsory and is one of the pillars of faith proves how imperative it is.

Once also I read a book on compilation of solat-solat sunat and in the author's foreword he mentioned that solat fardhu diumpamakan seperti nasinya dan solat-solat sunat adalah lauk pauknya. Sungguh nasi itu mengenyangkan tapi masakan enak tanpa lauknya. Beribadah tidak perlu menanti hari tua, hatta pabila usia sudah meniti senja.

Dengan kelemahan, kekurangan dan kedaifan ilmu seorang hamba I am sharing. I am a far cry as well from what I've written in here. Just so to remind myself this day and the days to come that we should always be moving forward and better dengan keiltizaman yang telus. InsyaAllah...

Semoga dengan kedatangan tahun hijrah yang baru kita berupaya tergolong di kalangan hamba yang senantiasa bersyukur dan diredhaiNya.

Selamat berpuasa sunat, berdoa awal & akhir tahun, dan menyambut ketibaan Hijrah 1427.

God bless.